Archive for February, 2008

Mekarnya Kehidupan baru di malam Ramadhan..

Sunday, February 24th, 2008

Nama           : Nasywa binti Zubir

Tarikh Lahir : 13 Mei 1988 (27 Ramadhan 1408)

Tempat Lahir : Mekah al-mukarramah (rumah seyh)

Warganegara : Malaysia..(ader ic biru..walaupun takle daftar ASB)

Status           : Bujang..hahahah

Pekerjaan      : Masih student uitm..

Bil.Adik b’adik: 8

 

  Dilahirkan pada malam ke 27 Ramadhan 1408 di al-bait mekah al-mukarramah.Di sambut oleh ayahanda sendiri. Beliau terpaksa memonteng ibadat pada malam 10 ramadhan itu..bagi menyambut kelahiran baru..huhu..di namakan Nasywa yang bermaksud  ‘Mekar’..diambil sempena nama seorang awekk doktor yang diusha oleh ayahanda ketika berkunjung ke sebuah hospital di tanah arab itu. Anak ke-6 dari 8 orang. 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Abang sulung bernama Ahmad Mudzfir, kedua Amzar, seterusnya Shazwana, Widad, Kawthar, Nasser dan Nizar. Fasih berbahasa arab dari umur yang bley bertutur sehingga 4thn. Masuk ke Tadika Raja Dewa tapi tak reti cakap bahasa melayu. (Buat sementara key?)..Meneruskan pelajaran di  Sekolah Rendah Zainab  (1) K.B..Kemudian ke Sekolah Kebangsaan Menengah Agama Naim Lil Banat untuk 2 bulan di Kota Bharu Kelantan. MRSM Yayasan Terengganu Dungun pula adalah destinasi seterusnya. dan bertemu si dia..eh?silap-silap..kembali ke tajuk utama ye..kerana beberapa masalah teknikal..Saya dipindahkan pula ke MRSM Sand Grow (Pasir Tumboh)..Kota Bharu Kelantan..asal saya kena pindah je ada masalah teknikal..asal ada masalah teknikal je..saya kena pindah..maka sekolah yang seterusnya ialah…Sekolah Syeikh Muzaffar Shukor iaitu..MRSM Muar, Johor.


    Kisah hidup ini yang dipindah-pindahkan..tidak berakhir begitu sahaja..saya meneruskan pelajaran ke peringkat Pra-Ijazah TESL setelah melalui temuduga di Kampus Uitm Sekilau Kuantan. Belajar di UITM Kampus Remaja Padang Lalang Kuantan. Masalah teknikal macam biasa..dipindahkan pula ke Uitm Lendu Melaka. Kini, Alhamdullillah..dengan limpah dan kurniaNYA..saya berada disini
(Uitm Shah Alam)..meneruskan perjuangan mencari-cari kesempurnaan dlm hidup disamping keluarga yang tersayang dan kawan-kawan yg menyokong. Dlm banyak-banyak sekolah yang tak pindah cuma sekolah memandu…iaitu Sekolah Memandu Hashim.Terima kasih Cik Hashim!..

*****************************************************************************************************

Hidup tak selalunya indah..
Langit tak selalu cerah..
Suram malam tak berbintang..
Itulah lukisan alam..